VoIP Telephony Telefon

Sebiji telefon VoIP berasaskan WiFi

Juga dikenali sebagai lelefon Internet atau Suara melalui IP (Voice over IP) (VoIP), telefon digital ialah teknologi mengganggu (disruptive technology) yang menggantikan jaringan telefon tradisional dengan pantas. Di Jepun dan Korea, sehingga 10% pelanggan, pada Januari 2005, telah bertukar daripada perkhidmatan telefon digital analog kepada digital.

Telefon digital menggunakan sambungan Internet jaringan luas untuk memancar perbualan sebagai pakej data. Selain menggantikan PSTN, telefon digital turut bersqing dengan jaringan telefon bimbit dengan menawarkan kos penyambungan yang lebih rendah atau percuma melalui WiFi hotspot. Sebagaimana disebut di atas, VoIP juga digunakan pada jaringan tanpa wayar yang mungkin atau tidak mempunyai sambungan dengan jaringan telefon luar.